English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

++ SINOPSIS ++

Kisah seorang saintis muda bernama Ewanz bersama kawannya Al-Radiq yang berusaha untuk membina Bumi yang kedua setelah Bumi asal hampir musnah setelah perang kaum Hidyat dengan kaum Turehux memusnahkan 89% bumi . Hasil selidik yang lama , Ewanz telah menjumpai jalan terbaik apabila menggabungkan asid Chikoxtriq 81D dengan cebisan bahan Ferixeronk 77BT untuk menghasilkan Bumi kedua pada tahun PA 7643 . Namun , mereka telah melakukan kesalahan besar apabila membiarkan Clotrixs berterbangan kearah bertentangan dengan orbit Jutequre mengakibatkan arah matahari hilang tempat apabila Planet Chikonk di halang oleh Planet Rueseh yang saiznya lebih besar dua kali ganda Planet Chikonk . Akibat daripada itu , Planet Chikonk akan kelihatan mendung sepanjang masa tanpa hujan dan panas . Dengan itu , pada tahun PB 5561 Ewanz dan Al-Radiq telah bersepakat untuk menamakan planet baru tersebut sebagai Planet Chikonk Ewanz Mendung . Nama Chikonk diambil hasil gabungan bahan yang menghasilkan Planet tersebut iaitu Chikoxtriq Ferixeronk . Manakala perkataan ewanz mendung masing-masing diambil daripada nama Saintis tersebut dengan keadaan Planet itu sendiri .

Langit Eksosfera ialah langit yang paling penting dalam Planet Chikonk . Namun , pada tahun PB 6678 , Langit Eksosfera telah bocor akibat pelanggaran kuat UFO milik kumpulan Piytorew dengan batu meteor yang berterbangan diluar Eksosfera lalu mengakibatkan letupan besar dan telah membocorkan 15 % kawasan langit tersebut .