English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Misteri Kampung Misai Sena 16…

Nama Kampung Misai Sena 16 tidak asing lagi bagi mereka yang bergelar Ahli Pencari Hantu [APHan].Sejarah dari nama kampung itu dikatakan diambil dari misteri seorang lelaki yang bermisai lebat duduk dibawah pokok sena di simpang masuk kampung pada lewat malam hampir setiap hari.Namun kini misteri itu masih menjadi tanda tanya penduduk apakah ia benar?.Sehingga kini Ahli Pencari Hantu[APHan] masih mencari bukti-bukti kewujudan paranormal di kampung ini.

Pada 16 MEI 1966,seorang penduduk bernama Halim Hashim berkata telah terserempak dengan seorang lelaki tua yang duduk di bangku bawah pokok sena di simpang masuk kampung itu ketika balik dari kerja pada lewat malam.

Kejadian kedua pula berlaku pada 16 DISEMBER 1973 yang berlaku kepada seorang wanita India yang bernama Minakumari yang baru berpindah ke kampung itu pada 28 NOVEMBER 1973.Pada ketika itu,beliau sedang dalam perjalanan dari kedai di pekan.Dalam perjalanan pulang menaiki motorsikal,dia hampir terlanggar satu lembaga hitam yang bermisai lebat yang sedang melintas.

Kejadian seterusnya berlaku pada 16 APRIL 1980.Ketika keluarga che Dollah Mat Kemek sedang bergambar di bawah pokok sena di simpang masuk kampung tersebut.Ketika bergambar,che Dollah Mat Kemek tidak merasakan apa-apa yang ganjil tetapi sebaik gambar itu di cuci,didapati seorang lelaki tua bermisai lebat sedang berdiri disebalik pokok sena tersebut.

Disamping itu,kejadian misteri itu juga berlaku pada 16 JUN 1995 yang berlaku kepada sekumpulan remaja yang melepak di bawah pokok sena.Ketika kumpulan remaja itu sedang leka bermain gitar,datang satu bunyi seakan-akan seseorang sedang berjalan di sekeliling pokok sena kerana terdengar pijakan daun-daun pokok sena yang gugur.

Selepas lima tahun kejadian berlalu,satu lagi kejadian di pokok sena berlaku pada 16 SEPTEMBER 2000.Mangsa kali ini ialah seorang pemuda berasal dari Kuala Lumpur yang ingin berjumpa dengan neneknya yang sakit tenat.Pemuda itu sampai di kampung itu pada pukul 10.00 malam.Masuk sahaja di kampung itu,pemuda itu telah tersesat.Beliau telah terjumpa seorang lelaki tua bermisai lebat dan terus menanyakan lokasi rumah neneknya.Lelaki tua itu menunjukkan jarinya kearah simpang kekanan,pemuda itu terus melihat simpang kekanan tersebut.Ketika pemuda itu ingin mengucapkan terima kasih kepada lelaki tua itu,dia mendapati lelaki tua itu GHAIB dari tempat tersebut.

Kejadian terakhir berlaku pada 16 JANUARI 2007.Mangsa ketika itu pula ialah seorang lelaki cina yang bernama Chin.
Ketika itu,dia dalam perjalanan ke rumahnya dari kedai Chik Jeton untuk membeli barangan dapur yang habis.Ketika di hadapan pokok sena tersebut,dia terserempak dengan seorang lelaki tua yang bermisai lebat dan di tanya….
“Adik tahu tak dimanakah ada rumah usang di sini?”
Tanpa berlengah lagi Chin menunjukkan rumah usang tersebut yang terletak di simpang kiri jalan tersebut.Apabila Chin menoleh semula,Chin mendapati lelaki tua tadi telah hilang dari tempat tersebut.

Sehingga kini masih tiada penduduk pun yang berani keluar malam pada tarikh 16 haribulan…………..

Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia…..

Segala nama yang ada di dalam ini hanya lah rekaan dan nama kampong hanya rekaan dan tidak wujud dimana-mana pun…….