English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAB 2 : Penyelesaian Terjawab

“Engkau rasa berjaya tak projek kita Diq ? “ soal Ewanz . “Entahlah wan , aku pon tidak pasti . Tapi kalau ikut kepada hasil selidik kita , aku rasa boleh berjaya ..” jawab Al-Radiq . Mereka terus memerhati pergerakkan Clotrixs yang semakin mengumpulkan bahan batuan di angkasa lepas . Kerisauan mereka semakin bertambah apabila Clotrixs jauh daripada laluan sebenarnya .

“Mak ..”rintih seorang kanak-kanak.”Ye nak , jangan takut , kita selamat disini “jawab ibunya . Mereka berdua adalah antara sebilangan besar penduduk bumi yang berselindung di sebalik Gunung Yo yang jaraknya hanya 403 kilometre daripada kawasan berperang . Mereka hanya menunggu keizinan pasukan pemberontak Isdyel untuk membebaskan mereka . Kumpulan SEBUMIX masih bertungkus lumus untuk mengubah haluan Clotrixs yang semakin membentuk Planet Chikonk . Ketika hampir 90 % membentuk Planet , Clotrixs telah berhenti di belakang Planet Rueseh yang lebih besar berbanding Planet Chikonk . Keadaan itu memaksa SEBUMIX untuk memecahkan semula batuan tersebut namun tidak berjaya . Akhirnya SEBUMIX terpaksa akur dengan kehebatan bahan campuran CHIKONK yang tidak mampu dilawan manusia .

Hari ini genap 12500 hari pertempuran terbesar berlaku . Letupan bom dan meriam masih boleh di dengar kerana kawasan petempuran terlalu besar iaitu sebesar 1200 kali ganda padang Hytrum yang berkeluasan 988 hektar persegi setiap satu . “Esok kita akan ke Planet Chikonk untuk menyelidik keadaan disitu “ ujar Al-Radiq . Planet Chikonk sudah semakin gelap kerana bergerakkan Planet Rueseh . Pasukan SEBUMIX terpaksa melakukan kerja terberat apabila terpaksa menebuk bahagian tengah Planet Rueseh yang menutupi Planet Chikonk untuk memastikan Planet Chikonk tidak terlalu gelap . Mereka hanya mengambil masa 7 minggu untuk menyiapkan kerja tersebut atas sebab faktor Planet itu sendiri . Namun setelah siap , satu lagi masalah timbul apabila Planet Rueseh kembali bercantum kerana tarikan magnet Gyt . Namun kepintaran Ewanz terserlah lagi apabila mengarahkan agar lubang yang ditebuk di tutup dengan Logam Fyth supaya dapat melemahkan tenaga Magnet .