English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kisah Sunat Musim Cuti DI Kampung Bahtera

Senja petang di Kampung Bahtera mula berubah.Keindahan petang mulai gelap.Sekumpulan kanak-kanak berlari pulang ke rumah masing-masing selepas selesai bermain bola sepak di kampung sebelah.Sebulan sahaja lagi,pelajar-pelajar akan bercuti sekolah.Pada musim cuti itulah para ibubapa akan mengambil kesempatan untuk “memotong” anak-anak lelaki mereka.

Minggu lepas,anak penghulu kampung,Hamid,telah berumur 11 tahun yang di sambut dengan sambutan harijadi.Penghulu kampung bercadang untuk mengadakan Majlis Khatan Perdana.Tidak sampai sehari,berita itu telah tersebar ke seluruh telinga kanak-kanak lelaki yang masih belum bersunat.Habislah satu kampung,kanak-kanak bertempiaran lari pulang ke rumah walaupun masih tengah hari.

Pada malam itu,Hamid dan rakan-rakannya berkumpul untuk mengadakan satu perbincangan khas.Mereka bercadang untuk mematahkan rancangan tok ketua dan ibubapa mereka.Namun pun begitu,anak Pak dollah tidak bersetuju untuk merosakkan rancangan Khatan Perdana tersebut.Baginya,sunat merupakan perkara wajib sebagai orang islam.Dia kemudian pergi dari situ.

“Sekarang sudah seminggu budak-budak tu bercuti”.kata Pak Acop kepada Pak Jabek.“Ialah,bila perkara yang dirancang sebulan lalu nak dijalankan?”,Tanya pak jabek pula.“Apa kata kita kerumahtok ketua?”.Tanya Pak Acop pula.“Marilah”,ajak Pak Jabek.Sampai saja mereka ke rumah Tok Ketua,mereka terus berbincang.Setelah hampir 2 jam berbincang,akhirnya keputusan di buat.Khatan Perdana itu akan diadakan hari ahad minggu depan iaitu pada 16/11/2005 bertempat di Surau Al-Muqaddam.



Hari yang ditunggu-tunggu oleh para ibubapa sudah tiba.Wajah budak-budak yang akan di sunatkan sudah mula berubah setelah selesai dimandikan di Sungai Mawar Kecik.Para bapa mendukung anak mereka dari sungai tersebut menuju ke Surau Al-Muqaddam.Tidak sampai separuh jalan,satu kes berlaku apabila lebih dari setengah budak-budak yang bakal di sunatkan tersebut melompat dari bahu bapa mereka dan bertempiaran lari.Apa lagi,kecohlah orang kampung untuk mengejar budak-budak tersebut.Ada yang menyorok dalam longkang,tandas dan paling teruk ialah 5 orang daripada budak-budak yang akan di sunatkan tersebut telah melarikan diri ke dalam hutan.Nasib baiklah orang kampung telah bersedia di dalam hutan tersebut.Kelima-lima budak tersebut di tangkap dan di serahkan semula kepada ibubapa mereka.

Sampai sahaja ke Surau Al-Muqaddam,seorang demi seorang dikhatankan.Apalagi,meraunglah budak-budak yang lari tadi setelah di khatankan.Hamid merupakan budak yang terakhir dikhatankan.Selesai saja Hamid dikhatankan,beliau baring bersebelahan dengan anak Pak Dollah.“Macam mana plan?”,sindir anak Pak Dollah sambil tersengeh ke arah Hamid.“Perli la tu!!!”,
marah Hamid.

Tidak sampai dua minggu,mereka semua sudah sihat dan sudah boleh menjalankan aktiviti seharian seperti biasa......



CERITA OLEH: EWAN

TARIKH: 27,28/11/2008