English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAB 3 : Pertarungan SEBUMIX

“Baik lah kawan-kawan , kini hanya tinggal untuk menghijaukan Planet Chikonk seperti mana hijaunya bumi kita” ujar Ewanz . “Kamu T-JAH , arahkan pasukan SEBUMIX 42 untuk melepaskan biji benih dan taburan awan palsu untuk memastikan Planet Chikonk menjadi sebuah Planet indah . “ ujar nya lagi . Kini sudah masuk hari ke 35 126 peperangan berlaku . Hampir 69% askar kedua pasukan sudah rebah . Esok pasukan SEBUMIX 99 akan ke Gunung YO untuk menuntut rakyat yang didalam tahanan pemberontak . Ewanz dan pasukan SEBUMIX masih sibuk dengan Planet Chikonk tanpa memikirkan satu masalah akan hadir tidak lama lagi . Di bumi keadaan semakin panas akibat pemanasan global yang berlaku sejak zaman yang menggunakan kalender Masihi iaitu pada 6000 tahun dahulu . Sebab itu lah pasukan SEBUMIX bertungkus-lumus menghidupkan semula keyakinan rakyat terhadapnya .

Keesokkan harinya SEBUMIX 42 telah berlepas ke Planet Chikonk untuk menjalankan tugas dengan menaiki Soyuz 44 . Tanpa disedari , Planet Chikonk sebenarnya dalam bahaya apabila terdapat sebuah lubang besar di langit Eksosfera akibat letupan UFO . Namun mereka berjaya mengatasinya apabila melekatkan asid yang sama untuk mengumpul batuan besar . Manakala SEBUMIX 99 telah berlepas ke Gunung YO untuk membebaskan tahanan yang begitu ramai . “Boleh SEBUMIX 99 berjumpa dengan Chin Pen ketua kamu ? “ ujar Koperal Hyt . “Boleh , silakan masuk “ jawab Grutyh 01 . “Salam hormat tuan “ ujar Koperal Hyt . Mereka berbincang tentang pembebasan rakyat dunia yang terperangkap tanpa sebab . Namun pasukan pemberontak masih tidak mahu melepaskan tahanan . SEBUMIX terpaksa memaksa dengan cara ganas apabila menghantar pasukan SEBUMIX 44 , 76 , 23 dan 84 untuk menyerang Gunung YO dan pemberontak . Akhirnya SEBUMIX berjaya membebaskan tahanan yang terperangkap lalu membawa mereka ke Pusat Gruyth Hitam di Joytirhx .