English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Rintihan Alam ...

Aku lihat disini ada kawan ku,
Kemanakah mereka selepas ini,
Penhijrahan ku bukan seketika,
Tetapi mungkin selamanya……

Tempat
ku hanya tinggal sejarah,
Sarang yang ku bina semakin parah,
Semua
burung menyerah kalah,
Sebelum kalah menempuh parah..!

Peneroka
haram macam binatang,
Merosak hutan yang awal nya bintang,
Kemana pergi
dahan dan batang?.,
Kini tinggal kemerahan tanah terangcang!....

Hidup aku semakin susah,
Namun semangat tetap ku kerah,
Terbang
sana sini menambah lelah,
Semakin penat semakin parah!.......

Aku
singgah di dahan tua,
Semakin reput memapah usia,
Jiwa hati dibebani
tangga,
Semakin berat semakin condonglah ia…!

Semua ini semakin
jelas,
Segala dendam tidak akan terbalas,
Kediaman kami mereka kebas,
Kehidupan mereka pasti terbabas!....

Sayap mengibas satu persatu,
Niat di hati semakin buntu,
Nak kata pekak tidak lah bisu,
Mencari
kawasan yang hendak di tuju……
Ku lihat sungai semakin parah,
Ikan di
dasar mata nya merah,
Semakin cetek ku nampak tanah,
Tanah di dasar
semakin merekah….

Apakah ini sebab kebodohan,
Sudah cukup hutan
udara kepanasan,
Rumah hijau mulai kenipisan,
Salah siapa semua
kesilapan?.....

Fikirlah sejenak wahai manusia ,
Bumi kita semakin
tua ,
Kalau bukan kita yang menjaganya ,
Nak mengharapkan burung tak
berdaya …?

BY : Ewan