English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bab 1 : Kawan Sekaki

14 / 2 / 2001 ( 8:45 p.m )

“ Cepatlah Wan , perlawanan nak mula dah ni ..” . “ Sabarlah , aku tengah siap la ni . Yang lain mana ? .. ” . “ Mereka semua dah sampai kat sana .. ” . “ Kompom Selangor menang malam ni ! .. ” . “ Ye la Wan .. Cepat lah sikit .”. Mereka merancang untuk ke warung Pak Man untuk menyaksikan perlawanan liga Malaysia antara pasukan Selangor dan Perak . Suasana malam itu riuh rendah dengan kehadiran remaja – remaja cilik itu di warung Pak Man . Mereka akan ke warung Pak Man jika ada sebarang perlawanan yang dibawa secara langsung membabitkan pasukan Selangor .

Wan , atau nama sebenarnya Izwan , dialah yang membawa kawan – kawannya ke alam bola sepak Malaysia . Dia bersekolah di SMK Sorakil , Selangor dan berada di tingkatan 2 . Dia merupakan penyokong setia pasukan Selangor . Rakan – rakannya juga tidak terkecuali menyokong Selangor . Keakraban mereka sangat rapat .

“ Bergerak sekarang ini , Amri yahyah di sebelah kanan . Melingtang ke sebelah kiri kepada K.Sanbagamaran . Masuk ke dalam kotak penalti sekarang ini , hantaran kepada Bambang , satu rembatan kencang dan GOOLL !! ” ulas pengulas perlawanan. Riuh rendah jadinya warung Pak Man dengan sorakan remaja – remaja itu . Tidak terkecuali juga orang – orang tua yang berada di belakang . Tersenyum lebar wajah Wan ketika itu . “Bangga la tu , Wan ..” usik Udin . “ Senyap la kau .. ” jawab Wan sambil tersenyum .

Perlawanan pada malam itu telah memecah keheningan malam yang biasanya sunyi . Keputusan pada malam itu menambah kecerian mereka . “ Lepas ni Selangor lawan ape Wan ? .. ” tanya Thirumurugam . “ Lepas ni Selangor akan lawan Sarawak kat Stadium Shah Alam ” . jawab Wan yang masih teringatkan perlawanan tadi . Rakan – rakan yang lain masih bercerita tentang perlawanan yang menyaksikan Selangor mudah menewaskan Perak dengan keputusan 4-1 . Sembang punya sembang tanpa mereka sedari mereka sudah sampai ke simpang rumah . “ Ok semua , jumpa lagi esok ok . Game malam ni memang tip – top la ! ” . sapa Wan kepada kawan – kawannya . Lalu dia melangkah kaki menuju ke pintu rumah yang terbentang luas .

“ Macam mana keputusan tadi ,Wan ? .. ” tanya Pak Akub yang juga merupakan ayah kepada Wan . Ayahnya juga merupakan penyokong Selangor tetapi sebab malas nak keluar , dia ambil keputusan duduk di rumah sahaja . “ Boleh tahan juga la ayah hebat Selangor ni . Senang je ratah sang seladang . 4-1 pulak tu .. ”jawab Wan sambil ketawa . Dia kemudian terus melangkah ke pintu biliknya . Lalu merebahkan badan yang letih ..

Keesokan harinya , seperti kebiasaan Wan dan rakan – rakan karibnya akan kepadang permainan untuk bermain bola sepak . Dengan mengenakan jersi Selangor , Wan dilihat lebih bersemangat pagi itu . “ Hebatlah kau “Amri” , ” peril Azli . “ Hahaha , aku tengah semangat pagi ni . Dah la pasukan kita menang malam tadi .. ”. Balas Wan .

Tanpa menghiraukan waktu , mereka 7 orang sahabat itu terus bermain bola sepak di padang . Tanpa disedari waktu telah pun menjangkau tengahari . Setelah penat bermain , seorang demi seorang meninggalkan padang itu sehinggalah akhirnya tinggallah Wan di situ keseorangan . “ Bagusnya aku ada kawan macam tu , satu pasukan , satu sorakan dan satu impian , Viva Selangor !! ” . Bisik hatinya sambil tersenyum …..