English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAB 1 : MENCARI 1000 MASALAH

Pada tahun TE 2110 , Bumi telah mengalami pergolakan terhebat apabila dua kaum terbesar didunia telah berperang untuk mendapat hak masing-masing . Sebilangan besar penduduk bumi bertarung dalam pertempuran yang di panggil “THE HEADTH” . Pertempuran itu berlaku di antara tahun TE 2106 hingga tahun TE 2235 . Pertarungan yang berlangsung sengit itu membabit 5709886 orang dan mengambil masa selama 45924 hari itu hanya tamat apabila Raja Muda Thuryth telah mati ditikam anaknya sendiri .

Ewanz semakin membesar . Dia mempunyai kawan karib bernama Al-Radiq . Dalam kotak fikirannya hanya memikirkan untuk menyelamatkan Bumi yang telah hancur . Pada 31 TE 2109 , ahli kumpulan SEBUMIX telah mengadakan mesyuarat tentang masalah ini . Pada awal mesyuarat , semua pandangan ahli begitu karut sekali . Namun selepas 3 jam bermesyuarat , Ewanz telah berfikir terbalik daripada terhancur bumi kepada membina bumi baru .

Selama 194 hari Ewanz dan Al-Radiq mencari jalan untuk membina Bumi baru .Namun segala-galanya mencari jalan buntu yang lebih mendatangkan masalah . Tapi kerja kuat mereka berhasil juga apabila menemui sebuah asid di kutub Hythix yang jarang di temui manusia . Bahan ini diperoleh hasil gabungan Ais Copret dengan Kutyopulth yang menghasilkan asid bahaya . Hanya satu sahaja lagi bahan yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang diingini .

Pada hari ke 258 , Ewanz telah menjumpai sebuah logam emas yang dimana apabila dibakar akan mengeluarkan alkaline Rutyqwes yang amat merbahaya . Apabila cebisan kecil 2 bahan ini dicampurkan , sesuatu luar jangkaan telah berlaku apabila bahan batuan akan bercantum membentuk bola sama seperti magnet menarik kuasa besi . Dengan hasil kerja itu , Ewanz telah melepaskan roket bom untuk menyebarkan bahan tersebut ke angkasa lepas untuk bertindak mencantum batuan disitu . Ewanz dan Al-Radiq juga telah mencampurkan sedikit likryut untuk memastikan Planet Chikonk mempunyai langit Eksosfera yang bertindak sebagai penyelamat satu masa .