English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BAB 5 : Jahanam UFO !

Setelah 2 minggu berpindah planet , rakyat semakin selesa dan suka . Namun tanpa disedari , sebuah kumpulan makhluk asing Piytorew telah bertindak menyerang Chikonk . Mereka menyerang Chikonk kerana merasakan diri mereka diancam oleh penduduk Chikonk sendiri yang dimana lebih maju berbanding planet Diethryuf mereka sendiri . Walau bagaimana pun , serangan pertama mereka tidak membuahkan hasil apabila dihalang oleh SEBUMIX 81 yang bertindak lebih cepat .

Presiden Chikonk telah mengarahkan agar sebuah lagi Planet yang diberi nama Planet Chikunkz dibina untuk mengasingkan Kaum Hidyat dengan kaum Turehux yang masih berdendam sehingga ke hari ini . Namun ia dibantah sekeras-kerasnya Ewanz kerana pembinaan akan menyebabkan kesusahan pihak SEBUMIX sendiri untuk berulang –alik .

Pasukan Piytorew telah menyerang buat kali kedua pada tahun ini apabila serangan pertama gagal berjaya . Pertarungan sengit berlaku apabila pasukan SEBUMIX dan Piytorew terus berbalas tembakan kearah planet lawan yang jarak nya hanya 55,000 00 kilometre . Tetapi hasil persiapan rapi PIYTOREW , mereka telah memenangi pertempuran ini dan berjaya menguasai Planet Chikonk sepenuhnya . Rasa kesal asyik menyelubungi perasaan Ewanz kerana tidak mendengar kata-kata Presiden untuk membina sebuah planet baru .

Kekuatan SEBUMIX semakin lemah . PIYTOREW terus menguasai segenap penjuru Planet Chikonk . Namun Al-Radiq masih berpendapat bahawa Piytorew masih mempunyai kelemahan yang amat kuat . Selepas menyelidik secara senyap dibiliknya beberapa minggu , beliau mendapati yang Piytorew lemah di bahagian serangan fizikal . Oleh itu , dia merancang untuk menyatukan semula SEBUMIX untuk menyerang mereka .