English French German Spain Italian Dutch Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

++ Cerpen Planet Chikonk ++

Pada tahun TE 2110 , Bumi telah mengalami pergolakan terhebat apabila dua kaum terbesar didunia telah berperang untuk mendapat hak masing-masing . Sebilangan besar penduduk bumi bertarung dalam pertempuran yang di panggil “THE HEADTH” . Pertempuran itu berlaku di antara tahun TE 2106 hingga tahun TE 2235 . Pertarungan yang berlangsung sengit itu membabit 5709886 orang dan mengambil masa selama 45924 hari itu hanya tamat apabila Raja Muda Thuryth telah mati ditikam anaknya sendiri .

Ewanz semakin membesar . Dia mempunyai kawan karib bernama Al-Radiq . Dalam kotak fikirannya hanya memikirkan untuk menyelamatkan Bumi yang telah hancur . Pada 31 TE 2109 , ahli kumpulan SEBUMIX telah mengadakan mesyuarat tentang masalah ini . Pada awal mesyuarat , semua pandangan ahli begitu karut sekali . Namun selepas 3 jam bermesyuarat , Ewanz telah berfikir terbalik daripada terhancur bumi kepada membina bumi baru .

Selama 194 hari Ewanz dan Al-Radiq mencari jalan untuk membina Bumi baru .Namun segala-galanya mencari jalan buntu yang lebih mendatangkan masalah . Tapi kerja kuat mereka berhasil juga apabila menemui sebuah asid di kutub Hythix yang jarang di temui manusia . Bahan ini diperoleh hasil gabungan Ais Copret dengan Kutyopulth yang menghasilkan asid bahaya . Hanya satu sahaja lagi bahan yang diperlukan untuk mendapatkan hasil yang diingini .

Pada hari ke 258 , Ewanz telah menjumpai sebuah logam emas yang dimana apabila dibakar akan mengeluarkan alkaline Rutyqwes yang amat merbahaya . Apabila cebisan kecil 2 bahan ini dicampurkan , sesuatu luar jangkaan telah berlaku apabila bahan batuan akan bercantum membentuk bola sama seperti magnet menarik kuasa besi . Dengan hasil kerja itu , Ewanz telah melepaskan roket bom untuk menyebarkan bahan tersebut ke angkasa lepas untuk bertindak mencantum batuan disitu . Ewanz dan Al-Radiq juga telah mencampurkan sedikit likryut untuk memastikan Planet Chikonk mempunyai langit Eksosfera yang bertindak sebagai penyelamat satu masa .

“Engkau rasa berjaya tak projek kita Diq ? “ soal Ewanz . “Entahlah wan , aku pon tidak pasti . Tapi kalau ikut kepada hasil selidik kita , aku rasa boleh berjaya ..” jawab Al-Radiq . Mereka terus memerhati pergerakkan Clotrixs yang semakin mengumpulkan bahan batuan di angkasa lepas . Kerisauan mereka semakin bertambah apabila Clotrixs jauh daripada laluan sebenarnya .

“Mak ..”rintih seorang kanak-kanak.”Ye nak , jangan takut , kita selamat disini “jawab ibunya . Mereka berdua adalah antara sebilangan besar penduduk bumi yang berselindung di sebalik Gunung Yo yang jaraknya hanya 403 kilometre daripada kawasan berperang . Mereka hanya menunggu keizinan pasukan pemberontak Isdyel untuk membebaskan mereka . Kumpulan SEBUMIX masih bertungkus lumus untuk mengubah haluan Clotrixs yang semakin membentuk Planet Chikonk . Ketika hampir 90 % membentuk Planet , Clotrixs telah berhenti di belakang Planet Rueseh yang lebih besar berbanding Planet Chikonk . Keadaan itu memaksa SEBUMIX untuk memecahkan semula batuan tersebut namun tidak berjaya . Akhirnya SEBUMIX terpaksa akur dengan kehebatan bahan campuran CHIKONK yang tidak mampu dilawan manusia .

Hari ini genap 12500 hari pertempuran terbesar berlaku . Letupan bom dan meriam masih boleh di dengar kerana kawasan petempuran terlalu besar iaitu sebesar 1200 kali ganda padang Hytrum yang berkeluasan 988 hektar persegi setiap satu . “Esok kita akan ke Planet Chikonk untuk menyelidik keadaan disitu “ ujar Al-Radiq . Planet Chikonk sudah semakin gelap kerana bergerakkan Planet Rueseh . Pasukan SEBUMIX terpaksa melakukan kerja terberat apabila terpaksa menebuk bahagian tengah Planet Rueseh yang menutupi Planet Chikonk untuk memastikan Planet Chikonk tidak terlalu gelap . Mereka hanya mengambil masa 7 minggu untuk menyiapkan kerja tersebut atas sebab faktor Planet itu sendiri . Namun setelah siap , satu lagi masalah timbul apabila Planet Rueseh kembali bercantum kerana tarikan magnet Gyt . Namun kepintaran Ewanz terserlah lagi apabila mengarahkan agar lubang yang ditebuk di tutup dengan Logam Fyth supaya dapat melemahkan tenaga Magnet .

“Baik lah kawan-kawan , kini hanya tinggal untuk menghijaukan Planet Chikonk seperti mana hijaunya bumi kita” ujar Ewanz . “Kamu T-JAH , arahkan pasukan SEBUMIX 42 untuk melepaskan biji benih dan taburan awan palsu untuk memastikan Planet Chikonk menjadi sebuah Planet indah . “ ujar nya lagi . Kini sudah masuk hari ke 35 126 peperangan berlaku . Hampir 69% askar kedua pasukan sudah rebah . Esok pasukan SEBUMIX 99 akan ke Gunung YO untuk menuntut rakyat yang didalam tahanan pemberontak . Ewanz dan pasukan SEBUMIX masih sibuk dengan Planet Chikonk tanpa memikirkan satu masalah akan hadir tidak lama lagi . Di bumi keadaan semakin panas akibat pemanasan global yang berlaku sejak zaman yang menggunakan kalender Masihi iaitu pada 6000 tahun dahulu . Sebab itu lah pasukan SEBUMIX bertungkus-lumus menghidupkan semula keyakinan rakyat terhadapnya .

Keesokkan harinya SEBUMIX 42 telah berlepas ke Planet Chikonk untuk menjalankan tugas dengan menaiki Soyuz 44 . Tanpa disedari , Planet Chikonk sebenarnya dalam bahaya apabila terdapat sebuah lubang besar di langit Eksosfera akibat letupan UFO . Namun mereka berjaya mengatasinya apabila melekatkan asid yang sama untuk mengumpul batuan besar . Manakala SEBUMIX 99 telah berlepas ke Gunung YO untuk membebaskan tahanan yang begitu ramai . “Boleh SEBUMIX 99 berjumpa dengan Chin Pen ketua kamu ? “ ujar Koperal Hyt . “Boleh , silakan masuk “ jawab Grutyh 01 . “Salam hormat tuan “ ujar Koperal Hyt . Mereka berbincang tentang pembebasan rakyat dunia yang terperangkap tanpa sebab . Namun pasukan pemberontak masih tidak mahu melepaskan tahanan . SEBUMIX terpaksa memaksa dengan cara ganas apabila menghantar pasukan SEBUMIX 44 , 76 , 23 dan 84 untuk menyerang Gunung YO dan pemberontak . Akhirnya SEBUMIX berjaya membebaskan tahanan yang terperangkap lalu membawa mereka ke Pusat Gruyth Hitam di Joytirhx .


Kini genap 44 500 hari pertempuran bersamaan 121 tahun mereka pertarung . Planet Chikonk sudah mula menunjukkan tanda-tanda berjaya . “Bilakah kita ingin menghantar rakyat Bumi ke Planet Chikonk , tuan ? “ “Sabar dulu , saya akan fikirkan nanti . Sekarang ni ,kita Cuma kena tunggu pertarungan sengit membabitkan kaum itu agar tiada sesiapa pon akan tertinggal daripada di bawa ke Planet Chikonk . “ujar Ewanz . Jumlah mayat askar – askar semakin bertambah hari demi hari , tahun demi tahun . Kini di pangkalan Twedusth telah disediakan 7618 roket Fudth untuk membawa rakyat bumi ke Planet Chikonk nanti .

“Macam mana ni Komander , askar kita hanya tinggal 3200 daripada 2854940 orang tuan ,””Jangan mengalah , walaupun hari ini merupakan hari pertarungan terakhir kita .”Dalam perbualan itu , tiba-tiba datang sebatang lembing menusuk ke dada Komander Mand . Tanpa disengaja juga , Komander Try daripada kaum lawan pon di bunuh kejam . Dengan itu tamat lah perang kaum yang membabitkan berjuta kematian dan yang hanya tinggal hanyalah 12332 orang yang masih hidup ketika berperang .

Kesemua askar dibawa pulang walaupun jarak antara kedua kaum hampir suku bumi jauhnya . Tapi segalanya telah tamat dan hanya tinggal kenangan . Setelah 2 jam berjalan mereka sampai ke Gunung YO untuk berehat selama 3 minggu sebelum ke Planet Chikonk .

Hari yang ditunggu telah tiba , 7618 roket yang disediakan telah membawa kesemua rakyat Bumi tanpa seorang pun tertinggal . Pasukan SEBUMIX 56 dan SEBUMIX 34 telah diarah untuk memasang bom “Hotth” di 4 penjuru Bumi untuk memusnahkan bumi yang semakin uzur ini .

Tepat pukul 6 567 FL , Bumi diletupkan oleh pasukan SEBUMIX setelah semua rakyat bepindah ke Planet Chikonk .


Setelah 2 minggu berpindah planet , rakyat semakin selesa suka . Namun tanpa disedari , sebuah kumpulan makhluk asing Piytorew telah bertindak menyerang Chikonk . Mereka menyerang Chikonk kerana merasakan diri mereka diancam oleh penduduk Chikonk sendiri yang dimana lebih maju berbanding planet Diethryuf mereka sendiri . Walau bagaimana pun , serangan pertama mereka tidak membuahkan hasil apabila dihalang oleh SEBUMIX 81 yang bertindak lebih cepat .

Presiden Chikonk telah mengarahkan agar sebuah lagi Planet yang diberi nama Planet Chikunkz dibina untuk mengasingkan Kaum Hidyat dengan kaum Turehux yang masih berdendam sehingga ke hari ini . Namun ia dibantah sekeras-kerasnya Ewanz kerana pembinaan akan menyebabkan kesusahan pihak SEBUMIX sendiri untuk berulang –alik .

Pasukan Piytorew telah menyerang buat kali kedua pada tahun ini apabila serangan pertama gagal berjaya . Pertarungan sengit berlaku apabila pasukan SEBUMIX dan Piytorew terus berbalas tembakan kearah planet lawan yang jarak nya hanya 55,000 00 kilometre . Tetapi hasil persiapan rapi PIYTOREW , mereka telah memenangi pertempuran ini dan berjaya menguasai Planet Chikonk sepenuhnya . Rasa kesal asyik menyelubungi perasaan Ewanz kerana tidak mendengar kata-kata Presiden untuk membina sebuah planet baru .

Kekuatan SEBUMIX semakin lemah . PIYTOREW terus menguasai segenap penjuru Planet Chikonk . Namun Al-Radiq masih berpendapat bahawa Piytorew masih mempunyai kelemahan yang amat kuat . Selepas menyelidik secara senyap dibiliknya beberapa minggu , beliau mendapati yang Piytorew lemah di bahagian serangan fizikal . Oleh itu , dia merancang untuk menyatukan semula SEBUMIX untuk menyerang mereka .


Segala kelengkapan sudah disediakan . Kini hanya tinggal untuk menyerang mereka . Terletak di Bukit Sofaz , satu serangan dilakukan anggota SEBUMIX 33 kearah Piytorew . Serangan balas dilakukan Piytorew dan pertempuran ini berlaku selama 93 hari tanpa henti membabitkan 100 pasukan SEBUMIX .

Pada hari ke92 , Piytorew semakin lemah . Bahkan Askar SEBUMIX masih sihat dan kuat . Ketika tinggal seekor sahaja askar Piytorew , pasukan SEBUMIX telah menjerit tanda kemerdekaan . Namun jeritan terakhir ewanz kedengaran apabila ditikam makhluk asing itu di tepi mayat T-JAH . Maka kemerdekaan Chikonk diselebungi sedih mengenangkan Ewanz , T-JAH dan askar-askar lain .


Kerana begitu marah kepada makhluk asing tersebut , Presiden Chikonk telah mengarahkan pasukan SEBUMIX untuk membawa makhluk asing tersebut ke tengah Bandar raya untuk dijalankan pembunuhan . Setiap orang penduduk membawa sebilah pisau lalu menikam bertubi-tubi mahkluk asing itu sebelum rebah menemui ajal . Maka itu , pengorbanan seorang lelaki yang teguh dan semangat untuk menyelamatkan manusia yang berada dalam kesusahan harus dicontohi . Pada tikaman terakhir President Chikonk , maka hilanglah sumpah yang diberikan kepada rakyat Bumi yang boleh hidup selama-lamanya … Terima Kasih …..